Tuesday, August 4, 2009

ANAK-ANAKKU SAYANG





Inilah anak-anak yang amat disayangi.
Balik kerja penat-penat kalau dapat main dan layan along dan angah ni pun dah cukup untuk hilangkan stress. Nanti kita jumpa ye.
Sayang anak-anak ayah ni.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK UPSR 2009 SK KG SERA, BALING

Berikut dilampirkan panorama sekitar Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR 2009 yang telah diadakan di SK Kg. Sera, Baling pada 2 Ogos yang lalu. Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak SK Kg. Sera kerana sudi menjemput Cg. Naz untuk menyampaikan bengkel tersebut.













PELUANG UNTUK MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN!

SILA LAYARI LAMAN WEB TERTERA DIBAWAH.

CUBA BUKA DULU, FIKIR DAN BUATLAH KEPUTUSAN.

JANGAN KETINGGALAN BISNES INTERNET YANG POPULAR MASA KINI.

LAWATILAH LAMAN WEB NI :

http://www.ringgit50.com/?id=tamazira

http://www.vemmabuilder.com/20372721

SERTAILAH SEKARANG!!!

VCD LAGU-LAGU SIFIR TELAH BERADA DI PASARAN!!!

ANDA BERMINAT ?

DAPATKAN SEKARANG DENGAN HANYA RM 10.00

VCD LAGU-LAGU KARAOKE YANG DINANTI-NANTIKAN KINI TELAH DITERBITKAN.

JANGAN KETINGGALAN!

HUBUNGI CG NAZ DI TALIAN 0175515292 UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN LANJUT.

BELAJAR SAMBIL BERHIBUR.

MUDAHNYA MATEMATIK!

Saturday, August 1, 2009

PERMAINAN TRADISI TURUN TEMURUN

Pertandingan congkak yang telah diadakan di SK Bekuai telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Berikut adalah rakaman permainan tersebut. Semoga terhibur!

PANORAMA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK UPSR 2009

Berikut dilampirkan lagi panorama bengkel teknik menjawab Matematik UPSR 2009.









SK Penghulu Abu Bakar, Baling












SK Lenggong, Lenggong








SK Asam Jawa, Baling

PANORAMA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR 2009

Berikut dilampirkan kenangan-kenangan bersama murid-murid sekitar Daerah Hulu Perak , Perak Tengah dan Daerah Baling/Sik semasa Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR 2009 yang diadakan sepanjang Mei hingga Julai 2009 yang lalu.





SK Tunku Puan Habsah, Baling







Sk Ayer Panas, Pengkalan Hulu









SK Pauh Jaya, Pulau Pinang








SK Kuak Luar, Pengkalan Hulu

Tuesday, May 19, 2009

AMAZING FINGERS

Nak tahu cara menyelesaikan penambahan dan penolakan perpuluhan dengan kaedah yang mudah?


Fahami klip video berikut dan cuba aplikasikan dalam menyelesaikan masalah perpuluhan.


Kalau tak faham, hubungi Cg Naz di talian 0175515292.


Selamat mencuba!!!


Mudahnya matematik!!!



Thursday, May 7, 2009

JADUAL CG NAZ BULAN MEI

02 Mei 09 : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR 2009 SK RPS Dala di Chalet Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak


16 Mei 09 : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR 2009 SK Tengku Puan Habsah di Chalet Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak


29 Mei 09 : Seminar Bijak Matematik di Alor Setar, Kedah


30 Mei 09 : Seminar Bijak Matematik di Pengkalan Hulu, Perak


: Ekspedisi Kembara Muhibah Taska Murni ke Terengganu dan Kelantan

JADUAL SIFIR 7 PANTAS!!!

Mari kita saksikan bagaimana caranya untuk membina jadual sifir 7 dengan cepat dan pantas.

Fahami dan cuba lakukan sendiri setelah meneliti klip video ini.

Selamat mencuba dan berjaya.

Mudahnya matematik.



Thursday, April 16, 2009

Handphoneku Sayang

Resahnya kalau handphone rosak. Bukan salah orang lain. Salah diriku juga. 2 minggu kena hantar ke kedai untuk dibaiki. Dapat handphone ganti pun sekejap ada line sekejap tak ada. Bateri asyik kong pulak tu. Macam-macam hal. Dah le sibuk dengan pelbagai urusan rasmi dan peribadi. Apapun aku pasrah dengan ujian Ilahi. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Monday, April 13, 2009

Seminar Bijak Matematik di Sik, Kedah

Selesai di Kangar kami akan ke Sik, Kedah!!

Jumpa anda di SMK Agama Sik, Kedah pada 25 April 2009 nanti.

Anda akan disajikan dengan alunan lagu-lagu sifir dan berbagai-bagai aktiviti rekreasi matematik yang tentunya menyeronokkan dan dapat menambah ilmu matematik.

Jangan ketinggalan untuk bertemu dengan Cikgu At dan Cikgu Naz!!!

Rugi kalau tak datang !!!

Mudahnya Matematik !!!

Seminar Bijak Matematik di Perlis Indera Kayangan

Seminar Bijak Matematik akan datang ke Kangar !!!

Sama-sama kita gegarkan Kangar dengan kehangatan lagu-lagu sifir dan pelbagai aktiviti rekreasi matematik.

Rebutlah peluang untuk bertemu dengan Cikgu At dan Cikgu Naz!!!

Jumpa anda di Kangar pada 18 dan 19 April nanti di Kangar.

Datang jangan tak datang!

Mudahnya Matematik !!!

Sunday, April 12, 2009

Kenari Menang Lagi!

Seperti diduga, anak-anak buah Azraai Khor Abdullah mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk membenam cabaran Sang Penyu di Gong Badak malam tadi. Skuad Hijau Kuning menang dengan jaringan 2 - 0 untuk mengutip 3 mata lagi bagi mencabar kedudukan teratas Liga Super. Dengan misi untuk mencapai kemenangan telah terlaksana maka perlawanan seterusnya perlu dihadapi dengan lebih mencabar dan getir. Apapun semoga skuad Kenari akan berjaya lagi pada perlawanan yang akan datang.

Selamat berjuang Sang Kenari!

Biar Jasa Jadi Kenangan!


KHAS UNTUK AYAH DAN IBU TERCINTA



Ya Allah, peliharalah ibu dan ayahku dari azab neraka dan bencana dunia,

kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecil,

ampunkanlah segala dosa-dosa mereka,

rahmatilah ibu dan ayahku...

Amin Ya Rabbal A'lamin.

Saturday, April 11, 2009

MATHEMATIC MAGIC 4

Dalam pelajaran kali ini, kita akan membahagi dengan kaedah yang lebih mudah dan pantas.

Mudahnya matematik!!!

Lihat klip video ini dan fahamkan.

Selamat mencuba!


MATHEMATIC MAGIC 3

Kali ini kita belajar kira darab mudah yang melibatkan angka yang besar tetapi mudah untuk dapat jawapannya.

Tak percaya?

Cuba lihat video klip di bawah dan fahamkan.

Selepas ini anda boleh mendarab dan dapat jawapan dalam masa 6 saat!! Saksikan dan cubalah sekarang !!






Mudahnya matematik!!!

PERPULUHAN PADA JARI???

Anda ingin tahu kaedah memahami konsep perpuluhan hanya dengan jari ?

Mudahnya matematik!

Masalah memahami perpuluhan dapat diselesaikan hanya dengan menggunakan jari jemari kurniaan Allah swt.

Tak susah. Murid-murid Tahap 1 pun boleh menguasainya dengan cepat.

Hubungi Cikgu Naz di talian 0175515292 untuk penerangan dan maklumat lanjut.

Rugi kalau tak dapat!

Mudahnya matematik!!!

Mampukah Kenari Patuk Sang Penyu?

Malam ini skuad kesayangan ramai Hijau Kuning bakal berdepan tugas getir menentang Terengganu di Stadium Gong Badak. Apakah kejayaan meratah Penyu di tempat sendiri awal musim lalu bakal dijelmakan kembali dek persembahan bertenaga anak-anak muda negeri Jelapang Padi ini? Semuanya pasti terjawab malam ini. Kekecewaan akibat tercalarnya rekod kemenangan enam perlawanan berturut-turut oleh Kelantan diharap akan terubat dengan kemenangan bergaya pada malam ini.
Semoga Kedah terus mempersembahkan permainan yang bertenaga sehingga penghujung musim. Biar jasa jadi kenangan!
Selamat berjaya buat Skuad Hijau Kuning!!!

MATHEMATIC MAGIC 2

Kali ini kita akan mempelajari kehebatan angka 5!
5 x 5 = 25
15 x 15 = 125
25 x 25 = 625

Di atas adalah contoh-contoh kuasa dua bagi nombor 5, 15 dan 25.
Perlu guna kaedah bentuk lazim atau kalkulator untuk mengira dan dapat jawapan.
Betul tak?

Inginkan kaedah cepat?
Begini caranya.

Kita ambil contoh 15 x 15 = 225

Untuk dapat 2 pada tempat Ratus ; Nombor 1 pada nombor 15 darabkan dengan nombor selepasnya iaitu nombor 2.

Dan untuk dapat nombor 2 pada tempat Puluh dan 5 pada tempat Sa ; darabkan 5 x 5 dapatlah 25.

Maka jawapan akhir menjadi 225.

Mudahnya matematik!

FORMULA MATEMATIK PADA TANGAN???

Mudahnya matematik!
Gunakan tangan anda untuk mengingat formula. Nak tahu caranya?
Hubungi Cikgu Naz untuk pertanyaan dan penerangan.
No. H/P : 0175515292
Dengan kaedah ini semua soalan yang perlukan formula seperti luas segiempat dan segitiga dapat dijawab dengan lebih mudah dan tepat.
Rugi kalau tak dapat!!!

MATHEMATIC MAGIC 1

Lihatlah keajaiban dunia matematik bersama Cikgu Naz.
Hebatnya Nombor 1!
1 ×1 = 1
11 ×11 = 121
111 ×111 = 12321
1111 ×1111 = 1234321

Jadi boleh anda teka apakah jawapan bagi 11111 ×11111 = ? dan 111111 ×111111 = ?

Cuba teka pada kawan-kawan anda.

Selamat mencuba!

Mudahnya Matematik!!!

Monday, February 23, 2009

Sang Kenari bangkit jua

Setelah menempuh 7 perlawanan liga, nampaknya semangat para pemain Hijau Kuning mula membara. Cukuplah dengan 3 kekalahan dalam 3 perlawanan pertama yang amat perit untuk dibincangkan. Pelbagai tomahan dan cercaan yang menjadi halwa telinga dan meniti berita pada dada-dada akhbar. Akhirnya keadaan kembali berubah dengan 3 kemenangan berturut-turut berjaya dilakar ibarat 'hero Hindustan'. Kalah dulu barulah melawan. Semangat inilah yang dinanti-nantikan oleh para peminat pasukan Sang Kenari. Ternyata tanpa kelibat 'Awang import' barisan pemain muda Kedah menunjukkan satu komitmen yang padu untuk meneruskan cabaran pada tahun ini.
Semoga Kenari terus berjaya dalam perlawanan seterusnya.
BIAR JASA JADI KENANGAN!!!

Tuesday, February 17, 2009

PELABURAN BERBALOI?

Apalah kiranya andai kita semua tahu melabur dalam satu bidang saham ilmu yang tidak ternilai? Jadi luangkanlah sedikit masa emas anda untuk mengetahui serba sedikit tentang profail syarikat dan produk yang bermanfaat ini di laman web http://www.cikguat.com/. Tiada ruginya melabur kerana apa yang dihasilkan sebenarnya amat bernilai dan berguna kepada anak bangsa khususnya anak-anak bangsa Melayu.
Pendekatan inovatif pencipta dan pencetus idea produk ini amat bersesuaian dengan minat dan kemahiran anak-anak didik kita. Jadi apalah salahnya kita melabur sejumlah wang demi membantu beliau menjana kewangan syarikat lantas membantu anak didik kita seantero negara.
Sekiranya berminat sila hubungi Nazri - 0175515292 atau berhubung terus dengan Cikgu At melalui nombor telefon pada laman web beliau untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pelaburan.
Masih ramai pelabur diperlukan.

Berikut dilampirkan beberapa hasil inovatif beliau.