Saturday, April 11, 2009

PERPULUHAN PADA JARI???

Anda ingin tahu kaedah memahami konsep perpuluhan hanya dengan jari ?

Mudahnya matematik!

Masalah memahami perpuluhan dapat diselesaikan hanya dengan menggunakan jari jemari kurniaan Allah swt.

Tak susah. Murid-murid Tahap 1 pun boleh menguasainya dengan cepat.

Hubungi Cikgu Naz di talian 0175515292 untuk penerangan dan maklumat lanjut.

Rugi kalau tak dapat!

Mudahnya matematik!!!

Mampukah Kenari Patuk Sang Penyu?

Malam ini skuad kesayangan ramai Hijau Kuning bakal berdepan tugas getir menentang Terengganu di Stadium Gong Badak. Apakah kejayaan meratah Penyu di tempat sendiri awal musim lalu bakal dijelmakan kembali dek persembahan bertenaga anak-anak muda negeri Jelapang Padi ini? Semuanya pasti terjawab malam ini. Kekecewaan akibat tercalarnya rekod kemenangan enam perlawanan berturut-turut oleh Kelantan diharap akan terubat dengan kemenangan bergaya pada malam ini.
Semoga Kedah terus mempersembahkan permainan yang bertenaga sehingga penghujung musim. Biar jasa jadi kenangan!
Selamat berjaya buat Skuad Hijau Kuning!!!

MATHEMATIC MAGIC 2

Kali ini kita akan mempelajari kehebatan angka 5!
5 x 5 = 25
15 x 15 = 125
25 x 25 = 625

Di atas adalah contoh-contoh kuasa dua bagi nombor 5, 15 dan 25.
Perlu guna kaedah bentuk lazim atau kalkulator untuk mengira dan dapat jawapan.
Betul tak?

Inginkan kaedah cepat?
Begini caranya.

Kita ambil contoh 15 x 15 = 225

Untuk dapat 2 pada tempat Ratus ; Nombor 1 pada nombor 15 darabkan dengan nombor selepasnya iaitu nombor 2.

Dan untuk dapat nombor 2 pada tempat Puluh dan 5 pada tempat Sa ; darabkan 5 x 5 dapatlah 25.

Maka jawapan akhir menjadi 225.

Mudahnya matematik!

FORMULA MATEMATIK PADA TANGAN???

Mudahnya matematik!
Gunakan tangan anda untuk mengingat formula. Nak tahu caranya?
Hubungi Cikgu Naz untuk pertanyaan dan penerangan.
No. H/P : 0175515292
Dengan kaedah ini semua soalan yang perlukan formula seperti luas segiempat dan segitiga dapat dijawab dengan lebih mudah dan tepat.
Rugi kalau tak dapat!!!

MATHEMATIC MAGIC 1

Lihatlah keajaiban dunia matematik bersama Cikgu Naz.
Hebatnya Nombor 1!
1 ×1 = 1
11 ×11 = 121
111 ×111 = 12321
1111 ×1111 = 1234321

Jadi boleh anda teka apakah jawapan bagi 11111 ×11111 = ? dan 111111 ×111111 = ?

Cuba teka pada kawan-kawan anda.

Selamat mencuba!

Mudahnya Matematik!!!

Monday, February 23, 2009

Sang Kenari bangkit jua

Setelah menempuh 7 perlawanan liga, nampaknya semangat para pemain Hijau Kuning mula membara. Cukuplah dengan 3 kekalahan dalam 3 perlawanan pertama yang amat perit untuk dibincangkan. Pelbagai tomahan dan cercaan yang menjadi halwa telinga dan meniti berita pada dada-dada akhbar. Akhirnya keadaan kembali berubah dengan 3 kemenangan berturut-turut berjaya dilakar ibarat 'hero Hindustan'. Kalah dulu barulah melawan. Semangat inilah yang dinanti-nantikan oleh para peminat pasukan Sang Kenari. Ternyata tanpa kelibat 'Awang import' barisan pemain muda Kedah menunjukkan satu komitmen yang padu untuk meneruskan cabaran pada tahun ini.
Semoga Kenari terus berjaya dalam perlawanan seterusnya.
BIAR JASA JADI KENANGAN!!!

Tuesday, February 17, 2009

PELABURAN BERBALOI?

Apalah kiranya andai kita semua tahu melabur dalam satu bidang saham ilmu yang tidak ternilai? Jadi luangkanlah sedikit masa emas anda untuk mengetahui serba sedikit tentang profail syarikat dan produk yang bermanfaat ini di laman web http://www.cikguat.com/. Tiada ruginya melabur kerana apa yang dihasilkan sebenarnya amat bernilai dan berguna kepada anak bangsa khususnya anak-anak bangsa Melayu.
Pendekatan inovatif pencipta dan pencetus idea produk ini amat bersesuaian dengan minat dan kemahiran anak-anak didik kita. Jadi apalah salahnya kita melabur sejumlah wang demi membantu beliau menjana kewangan syarikat lantas membantu anak didik kita seantero negara.
Sekiranya berminat sila hubungi Nazri - 0175515292 atau berhubung terus dengan Cikgu At melalui nombor telefon pada laman web beliau untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pelaburan.
Masih ramai pelabur diperlukan.

Berikut dilampirkan beberapa hasil inovatif beliau.