Tuesday, May 19, 2009

AMAZING FINGERS

Nak tahu cara menyelesaikan penambahan dan penolakan perpuluhan dengan kaedah yang mudah?


Fahami klip video berikut dan cuba aplikasikan dalam menyelesaikan masalah perpuluhan.


Kalau tak faham, hubungi Cg Naz di talian 0175515292.


Selamat mencuba!!!


Mudahnya matematik!!!



Thursday, May 7, 2009

JADUAL CG NAZ BULAN MEI

02 Mei 09 : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR 2009 SK RPS Dala di Chalet Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak


16 Mei 09 : Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR 2009 SK Tengku Puan Habsah di Chalet Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak


29 Mei 09 : Seminar Bijak Matematik di Alor Setar, Kedah


30 Mei 09 : Seminar Bijak Matematik di Pengkalan Hulu, Perak


: Ekspedisi Kembara Muhibah Taska Murni ke Terengganu dan Kelantan

JADUAL SIFIR 7 PANTAS!!!

Mari kita saksikan bagaimana caranya untuk membina jadual sifir 7 dengan cepat dan pantas.

Fahami dan cuba lakukan sendiri setelah meneliti klip video ini.

Selamat mencuba dan berjaya.

Mudahnya matematik.



Thursday, April 16, 2009

Handphoneku Sayang

Resahnya kalau handphone rosak. Bukan salah orang lain. Salah diriku juga. 2 minggu kena hantar ke kedai untuk dibaiki. Dapat handphone ganti pun sekejap ada line sekejap tak ada. Bateri asyik kong pulak tu. Macam-macam hal. Dah le sibuk dengan pelbagai urusan rasmi dan peribadi. Apapun aku pasrah dengan ujian Ilahi. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Monday, April 13, 2009

Seminar Bijak Matematik di Sik, Kedah

Selesai di Kangar kami akan ke Sik, Kedah!!

Jumpa anda di SMK Agama Sik, Kedah pada 25 April 2009 nanti.

Anda akan disajikan dengan alunan lagu-lagu sifir dan berbagai-bagai aktiviti rekreasi matematik yang tentunya menyeronokkan dan dapat menambah ilmu matematik.

Jangan ketinggalan untuk bertemu dengan Cikgu At dan Cikgu Naz!!!

Rugi kalau tak datang !!!

Mudahnya Matematik !!!

Seminar Bijak Matematik di Perlis Indera Kayangan

Seminar Bijak Matematik akan datang ke Kangar !!!

Sama-sama kita gegarkan Kangar dengan kehangatan lagu-lagu sifir dan pelbagai aktiviti rekreasi matematik.

Rebutlah peluang untuk bertemu dengan Cikgu At dan Cikgu Naz!!!

Jumpa anda di Kangar pada 18 dan 19 April nanti di Kangar.

Datang jangan tak datang!

Mudahnya Matematik !!!

Sunday, April 12, 2009

Kenari Menang Lagi!

Seperti diduga, anak-anak buah Azraai Khor Abdullah mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk membenam cabaran Sang Penyu di Gong Badak malam tadi. Skuad Hijau Kuning menang dengan jaringan 2 - 0 untuk mengutip 3 mata lagi bagi mencabar kedudukan teratas Liga Super. Dengan misi untuk mencapai kemenangan telah terlaksana maka perlawanan seterusnya perlu dihadapi dengan lebih mencabar dan getir. Apapun semoga skuad Kenari akan berjaya lagi pada perlawanan yang akan datang.

Selamat berjuang Sang Kenari!

Biar Jasa Jadi Kenangan!