Monday, February 23, 2009

Sang Kenari bangkit jua

Setelah menempuh 7 perlawanan liga, nampaknya semangat para pemain Hijau Kuning mula membara. Cukuplah dengan 3 kekalahan dalam 3 perlawanan pertama yang amat perit untuk dibincangkan. Pelbagai tomahan dan cercaan yang menjadi halwa telinga dan meniti berita pada dada-dada akhbar. Akhirnya keadaan kembali berubah dengan 3 kemenangan berturut-turut berjaya dilakar ibarat 'hero Hindustan'. Kalah dulu barulah melawan. Semangat inilah yang dinanti-nantikan oleh para peminat pasukan Sang Kenari. Ternyata tanpa kelibat 'Awang import' barisan pemain muda Kedah menunjukkan satu komitmen yang padu untuk meneruskan cabaran pada tahun ini.
Semoga Kenari terus berjaya dalam perlawanan seterusnya.
BIAR JASA JADI KENANGAN!!!

Tuesday, February 17, 2009

PELABURAN BERBALOI?

Apalah kiranya andai kita semua tahu melabur dalam satu bidang saham ilmu yang tidak ternilai? Jadi luangkanlah sedikit masa emas anda untuk mengetahui serba sedikit tentang profail syarikat dan produk yang bermanfaat ini di laman web http://www.cikguat.com/. Tiada ruginya melabur kerana apa yang dihasilkan sebenarnya amat bernilai dan berguna kepada anak bangsa khususnya anak-anak bangsa Melayu.
Pendekatan inovatif pencipta dan pencetus idea produk ini amat bersesuaian dengan minat dan kemahiran anak-anak didik kita. Jadi apalah salahnya kita melabur sejumlah wang demi membantu beliau menjana kewangan syarikat lantas membantu anak didik kita seantero negara.
Sekiranya berminat sila hubungi Nazri - 0175515292 atau berhubung terus dengan Cikgu At melalui nombor telefon pada laman web beliau untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pelaburan.
Masih ramai pelabur diperlukan.

Berikut dilampirkan beberapa hasil inovatif beliau.











Wednesday, December 17, 2008

JEMPUTAN MAJLIS DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN

Assalamualaikum....
Dijemput kepada semua pelawat blog ini untuk menghadiri majlis kesyukuran tersebut bertempat di No. 181, Teratak Impian Kasih, Padang Tamat , Pengkalan Hulu pada hari Ahad, 21 Disember 2008 pukul 3.00 petang hingga pukul 7.00 malam. Datanglah bersama keluarga bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Sekian dimaklumkan.

Thursday, September 18, 2008

Kenari Tunduk di Bahrain

Ternyata Skuad Hijau Kuning tidak mampu menahan asakan bertali arus para penyerang Al Muharraq malam semalam. Walaupun dapat mempertahankan kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama namun keadaan sebaliknya berlaku pada babak kedua perlawanan. Akhirnya Kenari kecundang dengan jaringan 5 - 0. Apapun tahniah kepada semua pemain Hijau Kuning. Semangat juang kalian amat dihargai. Ada masa 90 minit lagi di Stadium Darul Aman pada 23 Sept nanti. Semoga Kenari dapat mengharungi perlawanan nanti dengan permainan yang bermutu tinggi di hadapan para penyokong sendiri.

Tuesday, September 16, 2008

Kenari vs Al Muharraq

Malam ini skuad Hijau Kuning bakal melakar sejarah baru dalam dunia bola sepak tanah air. Mampukah barisan pemain muda ini mengejutkan pasukan dari Bahrain itu untuk membawa bekalan selesa ke Alor Setar nanti. Semuanya bakal terjawab apabila kedua-dua pasukan ini bertemu pada malam nanti.

Walaupun rata-rata pemain skuad Kenari beragama Islam dan berpuasa namun itu bukanlah alasan untuk tidak bermain bermati-matian demi mnegejar satu lagi piala yang bertaraf antarabangsa. Keupayaan pemain Kedah tidak dipandang rendah oleh pasukan yang pernah mennyandang naib juara Piala AFC pada 2006 itu. Dengan ketiadaan 6 tonggak utama yang masih bersama skuad kebangsaan Bahrain untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia, pastinya kerisauan dan sedikit gusar hadir pada fikiran jurulatih Al Muharraq.

Tugas penggempur utama kini digalas oleh Khyril Muhymeen, Saramsak Kram, Badrol Bakhtiar dan Fadly Baharom. Barisan penyerang muda ini tidak sarat dengan pengalaman namun semangat juang serta kepantasan yang dimiliki bakal mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Sama-samalah kita nantikan keputusan perlawanan yang hebat ini. Semoga Kenari akan terbang dengan lebih tinggi lagi.
KEDAH PANTANG KALAH
BIAR JASA JADI KENANGAN

Thursday, September 11, 2008

Berlalunya UPSR 2008

Hari ini semua anak didikku pasti bergembira. Apa tidaknya, peperiksaan telah berakhir. Segala ilmu yang telah dipelajari selama 6 tahun telah pun digunakan sepenuhnya untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya.

Kini tiba masanya untuk berserah dan bertawakkal kepada Allah. Apapun keputusan yang bakal keluar nanti, perlulah diterima dengan hati yang tabah dan reda. Haluan ke Tingkatan 1 sama ada ke sekolah berasrama penuh atau sekolah harian biasa bakal terjawab menjelang pertengahan November ini. Semoga kejayaan cemerlang menanti kalian di hadapan...

Tuesday, September 9, 2008

Matematik Kertas 2

Ceria nampaknya anak-anak didikku setelah menjawab Matematik Kertas 2 tadi. Ramai yang dapat menjawab dengan baik. Tinjauanku mendapati beberapa soalan yang dijangka keluar, ternyata ditanya. Jadi pesanan ringkasku sebelum mereka masuk ke dewan tadi rasanya berbaloi. Semuanya hanya desakan naluri yang ingin mengingatkan mereka tentang beberapa perkara yang terdetik di hati pagi tadi.
Semoga esok mereka dapat melakukan yang lebih baik untuk Kertas 1 esok. Doaku sentiasa mengiringi kalian, anak-anak didikku...