Tuesday, September 2, 2008

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak


Ramadhan datang lagi
Muslimin dan muslimat girang sekali
Bulan yang dirahmati
Setiap amalan baik akan diberkati

Iblis dan syaitan diikat rapi
Hanya nafsu dalam sanubari
Menggoyahkan iman insani
Agar hanyut dan lemas sendiri

Ramadhan datang dan pergi
Rahmat dan nikmat dicurahkan Ilahi
Marilah kita sekalian insafi
Tingkatkan taqwa dan amal sebelum mati
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

1 comment:

teratakdamai said...

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah, kira-kira beerti;

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa."

Harapan dan objektif daripada berpuasa yang utama ialah semoga kita menjadi manusia yang bertaqwa.

Semoga Ramadhan kali ini memberi ketaqwaan yang tinggi kepada kita berbanding sebelum-sebelum ini. Amin.